la...takkan ceramah pun dah tak boleh?

BUTTERWORTH, 22 Sept (Hrkh) -Tindakan polis menangkap dan mendesak agar ceramah memperingati Badar Al-Qubra' anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang di Dewan Putra Merdeka, Butterworth dihentikan semalam dianggap satu kebiadapan yang tidak boleh dimaafkan.




Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Hafiz Noordin dalam kenyataannya pada Harakahdaily menyifatkan tindakan itu juga mengambarkan polis masih mengamalkan sikap 'kuno' dan tidak profesional berhadapan dengan situasi berkenaan.

"Dewan Pemuda PAS Negeri kecam tindakan polis menangkap Setiausaha Dewan Pemuda PAS Kawasan Bagan, Sanusi Mohd Junid dan mengarahkan ceramah dihentikan serta-merta dengan alasan tiada permit dikeluarkan sebaliknya menyuruh ia diadakan di dalam dewan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), " ujarnya kesal.

ImagePolis sepatutnya, memberitahu hal itu sejak permohonan permit dibuat bukan mengkhabarkan pada hari Jumaat baru lalu supaya dewan digunakan untuk tujuan itu.

Sedangkan katanya, Dewan Pemuda sudah memaklumkan dalam permohonan permit bersama pelan lakaran penggunaan padang dengan bayaran sewaan RM1,000.

"Kami terpaksa jalankan juga program semalam kerana ikut permit yang diminta padang itu menjadi hak kami kerana menyewa daripada MPSP. Lagipun ia tidak langsung mengganggu jalan raya tambahan Pasukan Unit Amal bersedia menjaga keselamatan sekiranya faktor itu dibimbangi, " tegasnya.

ImageTambahnya, sikap itu jelas mengambarkan, polis masih melaksanakan tugas untuk Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam keadaan Umno tengah nazak dan sekiranya ada anggota atasan yang bertanggungjawab semalam beliau harus tanggalkan uniform dan masuk Umno bergiat dalam arena politik tanahair secara sihat.

"Arahan polis menyuruh penggunaan dewan MPSP semalam tidak masuk akal kerana mana boleh sekelip mata ditukar begitu sahaja sebab ia melibatkan borang permohonan lain lebih-lebih lagi hari Sabtu dan Ahad cuti umum,"katanya lagi.

Sementara itu, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Yusni Mat Piah pula menyifatkan, kejadian semalam merupakan peristiwa pertama setelah bertukaran porfolio Menteri Pertahanan kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi daripada timbalanya, Dato' Seri Najib Tun Razak.


-sumber:Harakahdaily.net

1 ulasan:

syika berkata...

ermmm....
biase ler tu..benda2 baik ramai org tak suke..
tapi kan, encik2 polis ni sepatutnya kene gi kursus utk tau portfolio tugas yg sebenr2 nyer..
ye la,maner tak nye..program2 ceramah sibuk2 nak pi halau2 and tangkap org..tapi kalo program mcm konsert ker,xder pulak dier nak halau2 org cam tu..padalah kat konsert2 la byk jenayah leh jadik..cam kes kecurian la..rogol la..minum arak la..
ntah la..akhir zaman...