FAZAKKIR INNAMA ANTA MUZAKKIR.. "maka berilah peringatan..sesungguhnya kamu hanyalah pemberi peringatan"....
"Kata-kata sahabat yg jujur
lebih besar harganya daripada
harta benda yg
diwarisi dari nenek moyang"
QATRUNNUR | |
Q | Qualiti |
A | Amanah |
T | Tulus |
R | Ramah |
U | Untung |
N | Naif |
N | Naif |
U | Ulung |
R | Realistik |
Apa ada pada nama? |
1 ulasan:
Assalamualaikum w.b.t...
“Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah mengkehendaki kamu beroleh kemudahan, dan Allah tidak mengkehendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur”
(Al-Qur’an, Surah Al-Baqarah, ayat 185).
Buat adik-adik qn,
Salam Ramadhan 1429H...
Selamat menjalani ibadah puasa..
Sama-sama kita jadikan Ramadhan kali ini sebagai medan tarbiyah utk merubah diri ke arah yang lebih baik..
Moga kita dipertemukan kembali dengan Ramadhan yang akan datang..
Moga kita semua menjadi pilihanNya untuk dikabulkan doa-doa dan kembali menjadi fitrah…
Catat Ulasan