Tika Itu


Dengan nama Allah…

DIA yang mempunyai segalanya baik di di bumi atau di langit. DIA yang berupaya merubah segalanya. DIA yang menguasai segalanya termasuklah jiwa ini. Tiba saat dan tika itu tak berkurang atau bertambah walau sedikit pasti jiwa yang diberi pinjam ditarik balik. Tika dan saat yang memisahkan kehidupan sementara dan kekal abadi selamanya. Tika yang selama ini dinafikan kewujudannya walau hakikatnya diakui. Tika yang menghubungkan pada perhimpunan yang maha besar. Tika yang menghakimi bahawa tiada lagi cantik atau baik rupa paras luaran, tapi yang ada hanya baik buruk amalan. Tika yang menyedarkan manusia tentang betapa singkatnya hidup di dunia. Tika yang menentukan azab seksa atau anugerah pahala yang diterima. Tika yang dinanti buat manusia alim dan ditakuti buat manusia alpa. Tika yang sentiasa menjengah dan menyapa,menjadi pedoman buat yang arif bijaksana. Tika itu pasti tiba. Tiada pilihan menidakkannya bahkan untuk menangguh barang seketika. Doa dan amalan membezakan siapa kita ketika tiba tika itu. Husnul khatimah atau su’ul khatimah. Bersediakah kita?

Tiada ulasan: