Panggilan ukhwah dari pimpinan



SABTU 31 oktober, satu liqa' muslimat diadakan dirumah QATRUN NUR @ titian cahaya. Kehadiran agak memberangsangkan dengan kehadiran lebih 30 orang muslimat.

Hujan lebat tidak mengganggu dan menghalang kelancaran majlis dengan kesanggupan sahabat2 dari kolej datang bg menyahut "panggilan ukhwah dari pimpinan" serta meraikan ahli yang bakal meninggalkan alam kampus.

Pelbagai menu disediakan antaranya Mihoo SOTO makanan rasmi johor, kuih raya, agar-agar sirap+laici, sagu cendol dan pelbagai lagi. Semua menu dimasak sendiri secara gotong royong.

Majlis diakhiri dengan solat jemaah beramai-ramai dan ucapan-ucapan terakhir ahli yang bakal keluar semuanya dari QN.

Makanan dilaporkan Habis licin. Sekian berita melaporkan dari AKHBAR QN