Panggilan ukhwah dari pimpinan



SABTU 31 oktober, satu liqa' muslimat diadakan dirumah QATRUN NUR @ titian cahaya. Kehadiran agak memberangsangkan dengan kehadiran lebih 30 orang muslimat.

Hujan lebat tidak mengganggu dan menghalang kelancaran majlis dengan kesanggupan sahabat2 dari kolej datang bg menyahut "panggilan ukhwah dari pimpinan" serta meraikan ahli yang bakal meninggalkan alam kampus.

Pelbagai menu disediakan antaranya Mihoo SOTO makanan rasmi johor, kuih raya, agar-agar sirap+laici, sagu cendol dan pelbagai lagi. Semua menu dimasak sendiri secara gotong royong.

Majlis diakhiri dengan solat jemaah beramai-ramai dan ucapan-ucapan terakhir ahli yang bakal keluar semuanya dari QN.

Makanan dilaporkan Habis licin. Sekian berita melaporkan dari AKHBAR QN




ketenangan di celah keserabutan..


tenang..
tenang itu indah..manis..bahagia
tenang itu abstrak..ghaib,x nampak di mata..
hati perlukan ketenangan..
tenang itu ada bersama iman..
hadirnya tenang bersama zikrullah..
***********
huh,
pg ni asyik mengelamun..
dah lama x update blog..xtau nak tulis ape sebenarnya..
byk sgt berfikir..baru tengok harakahdaily.nak tau citer sebenar lps dapat mesej pasal keptusan PR Bgn Pinang..Pas kalah teruk..erm..teruk?sebenarnya tidak..Pas menang dgn maruah..Umno terus bermmpi dgn mimpi2 indah..Allah bersama kita.kalah sekarng menang kemudian..moga kekalahan di bagan pinang menjadi titik tolak kepada arus gelombang perubahan yg lebih bermakna dan berstrategi lg bersynergi!

..erm
mengelamun lagi..
tetibe jiwa rase gundah..
tenang di mana engkau???
yer..susah hati ni terkenang kan Psm..
x sangka Psm 2 ni nak jadi macam ni last2 minit..
skrg mggu2 terakhir..
Ya Allah..
aku yakin ade sesuatu yg ALlah nak bagi..
Dia tau ape yg terbaik buat hamba2 Nya..
Dia tau hati aku..
Allah lebih kenal dan dekat dgn aku..syukur ya Allah,di atas dugaan ini..
terima kasih buat sahabat ku..
kata2 mu merangsang semangat ku..
Ya ALlah..
mudahkan urusan ku..urusan psm ku..urusan psm sahabat2 ku..
tarbiyah indah di sebaliknya kesusahan menyiapkan psm..

hati..ingatlah..
Allah dah berjanji..
"maka setiap kesusahan ada kemudahan.sesungguhnya setiap kesusahan ada kemudahan.."

aku yakin dgn janjiNya..Allah tuhanku..segala2nya bagi ku..


p/s : salam mujahadah buat warga Qn yg sedang bertungkus lumus menyiapkan psm dan yg x lama lg final..buat semua ikhwah dan akhawat..semoga berjaya menyiapakn psm dgn TENANG.=)

jadilah sebaik-baik org berdosa..


dosa...
sesungguhnya kite x terlepas dari melakukan dosa..
sebab kite manusia..manusia yg sering alpa..mengalpakan..dialpakan..kealpaan..
sedarlah wahai diri yang penuh dosa..yang banyak kesalahan..yang sering leka dengan dunia..bahawasanya tiada apa yg dapat menjadikan diri sebaik-baik org yang telah melakukan dosa..melainkan bertaubat,memohon keampunan..beristigfar..bermuhasabah..sentiasa merenung kejadian diri..
darNya kite datang padaNya jua kite pergi..

hati..
sabar ye..
mujahadah..yakin dengan janji Allah..
Allah sentiasa bersama mereka yang sabar..
yang benar2 mencari makna sebuah cinta bersulam redho...

Andai RAMADHAN ini yang terakhir.....




Qatrunnur mengucapkan kepada semua muslimin dan muslimat, SELAMAT BERPUASA DI BULAM RAMADHAN.. anggaplah ini ramadhan yang terakhir bagi kita semua. Tingkatkan amalan ibadah dan semoga ramadhan yang ditempuhi tahun ini penuh dengan keberkatan.



Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa,
surah Albaqarah:183

Sekadar menyibuk


Dah lama sgt tak bukak blog ni...nak tulis pape pun cam xde idea...buat sahabat n sahabiah yg akan konvo..tahniah. buat yg xkonvo lg tu teruskan perjuangan...dont ever never give up...

SAHABATKAH AKU....















Erti persahabatan tak pernah lupus dalam jiwa kita...
kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita. Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia.

Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.

Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya. Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri. Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti...kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, 'memaksa’ dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya? Seperti, dia juga tahu rasa kecewa…tetapi kita sering terlupa.

Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia. Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.

Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga kadang-kadang terlupa sahabat kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita. Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah? Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?

Sesekali jadilah sahabat yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat kita, kerana dia juga seorang manusia, dia juga ada rasa takut, ada rasa...bimbang, sedih dan kecewa.

Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan sahabat sebagai kekuatan. Jadilah kita sahabatnya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Di sebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan, di sebalik ketenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan…kita tidak tahu…tetapi jika kita cuba

Bila bersahabat, bersiaplah untuk berkorban demi sahabat. Jika bermusuhan dengan sahabat, bersiaplah untuk mengalah demi persahabatan.

Rasa hormat tidak selalu membawa kepada persahabatan, tetapi persahabatan tidak akan ada tanpa rasa hormat.

jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.


sahabat..uhibbuki fillah
ukhuwahfillh wa mahabbahfillah..
~updater~

hati-hati dengan HATI...