Citam dah tak larat

Citam dan Cenonet...makhluk ALLAH yg menjadi teman kami walau kadangkala kehadirannya menggugah kesabaran kami.Maklumlah kami duk kat rumah bujang,sekali sehari je masak..jadi citam dan cenonet pun kena makan sekali sehari jelah...kesian.Tapi nak buat mcm mana, kami pun bukan berpoket tebal. Berbalik pada citam. Citam dah tak larat. Tunggu masa nak bersalin je. Kami pulak semakin berhati-hati sebab kalau tak bilik-bilik kami pasti jadi sasaran. Nanti tak pasal-pasal Citam kena marah dan bebel. Begitulah fitrah manusia. Selagi bernama manusia tetap ada batas dan kesabaran. Kalau yang lemah iman lagi kurang lah sabarnyer..Jadi sbg manusia yang berakal dan beriman, kenalah pandai kawal diri. Jangan pulak kita menjatuhkan maruah diri sendiri, lagi-lagi didepan binatang. Bak nasihat ustaz Azli, klu ada sape-sape nak marah tarik hidung dia dan bacakan doa.Settle. Klu tak settle lagi marah,simbah je air satu baldi...=)

termo..termo...

Hari ni hari Rabu..malam ni ada kelas termo 2..kelas malam salah seorang penghuni QN paling berpengaruh dalam Qn ni..kesian dia.bukannya aper..malam ni lah malam tensen buat insan ni.yer laa.subjek killer yg x membunuh nyawa tapi membunuh mood studi seorang gadis yg tenang tapi kalut ni..moga Allah berikan dia kekuatan untuk menghadapi kelas ni.sebab Qn akan turut merasa tekanan gas termo yg akan dibawa balik saudara kami ni.cubit pipi kanan,pipi kiri pun terasa sakit dan merah..kami amat bersimpati namun apalah daya.inilah hebatnya ukhuwah kami..budak2 Qn sabarr yer..malam rabu jer..=)

Ujian untuk kami

Ada hikmah tersembunyi disebalik perjalanan kami di QatrunNur pada hari ini. Walaupun perjalanan yang kami lalui tak setegang dan sesukar hari biasa, namun hujung minggu ni ada cerita menarik untuk dikongsi. Hari yang terisi pengalaman baru untuk kami. Teratak yang terbiar pada hari kebiasaan kerna kekangan masa yang kami ada, kami kemas dan bersihkan. Syukur dan puas. Sejak awal pagi (time breakfast) kami berfikir-fikir dan berbincang dimana cacat kami, dimana kurang kami terhadap Ct. Sepanjang hari kami berkata tentang Ct yang telah beberapa minggu hadir dalam keluarga kami. Tak mengapalah, mungkin ada silap dan salah yang kami lakukan sedar atau tak pada dia. Kami amat mengharapkan agar dia faham tentang situasi ini dan kami berdoa agar kami menjadi lebih dewasa dan bijak dalam mendidik seorang insan. Tapi kelakar juga rajuk si Ct ni kerna dalam rajuk dan marah masih juga ingat tentang kami. Sempat juga dihidangkan kami dengan nasi semalam yang digoreng(berjimat) dengan ikan bilis. Walaupun tak seberapa, ada makna dan nilainya sendiri. Tapi yang tak seronoknya bab makan hari ini bila hampir semua ahli keluarga ditimpa sakit perut. Bising rumah dengan buka-tutup pintu tandas. Macam-macam andaian keluar dari mulut masing-masing tentang punca sakit perut. Ada sahabat cakap sakit perut ni kesan dari lauk kenduri tapi nak kata betul tak pasti sebab ada sahabat yang tak sakit perut. Nak diikutkan semua makan makanan yang sama. Andaian tinggal andaian. Perut yang kosong dan lapar harus diisi jua. Jadi, makan malam harus dimasak untuk mengisi perut. Makan tetap makan, sakit perut lain cerita. Makan malam penting untuk kami. Bukan kerna perut tapi kerna nikmat ukhwah yang terjalin. Dalam satu bumbung yang terdiri dari pelbagai latar belakang, cara memasak yang beraneka dan petua-petua memasak yang unik, kami tetap dapat duduk disekeliling talam sambil menyuap dengan ceria. Tiada yang menolak. Masing-masing belajar menerima budaya yang berbeza. Nikmat. Satu kekosongan yang kami rasa pabila melalui hari tanpa menjamah makan malam yang disediakan oleh ahli keluarga. Biarpun hanya telur goreng dengan ulam, itulah makanan yang paling sedap kami makan hari itu.(Makanan ibu tetap nombor satu). Untuk hari ini, kami ingatkan diri dan sahabat bahawa ujian Allah itu datang dalam pelbagai bentuk dan kita tak tahu apa yang akan kita lalui hari ini. Semalam adalah kenangan dan tak mungkin kembali, masa depan adalah impian dan angan-angan yang belum pasti, tapi hari ini adalah kenyataan yang kita lalui dan hadapi. Jadi penuhkanlah dan gunakanlah setiap saat yang kita ada dan jadikanlah ia satu sejarah terbaik untuk kita.

Cahaya diatas Cahaya

Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah petunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah "misykaat" yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu - dengan sendirinya - memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayahNya itu; dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.