Panggilan ukhwah dari pimpinan
SABTU 31 oktober, satu liqa' muslimat diadakan dirumah QATRUN NUR @ titian cahaya. Kehadiran agak memberangsangkan dengan kehadiran lebih 30 orang muslimat.
Hujan lebat tidak mengganggu dan menghalang kelancaran majlis dengan kesanggupan sahabat2 dari kolej datang bg menyahut "panggilan ukhwah dari pimpinan" serta meraikan ahli yang bakal meninggalkan alam kampus.
Pelbagai menu disediakan antaranya Mihoo SOTO makanan rasmi johor, kuih raya, agar-agar sirap+laici, sagu cendol dan pelbagai lagi. Semua menu dimasak sendiri secara gotong royong.
Majlis diakhiri dengan solat jemaah beramai-ramai dan ucapan-ucapan terakhir ahli yang bakal keluar semuanya dari QN.
Makanan dilaporkan Habis licin. Sekian berita melaporkan dari AKHBAR QN
ketenangan di celah keserabutan..
tenang..
tenang itu indah..manis..bahagia
tenang itu abstrak..ghaib,x nampak di mata..
hati perlukan ketenangan..
tenang itu ada bersama iman..
hadirnya tenang bersama zikrullah..
***********
huh,
pg ni asyik mengelamun..
dah lama x update blog..xtau nak tulis ape sebenarnya..
byk sgt berfikir..baru tengok harakahdaily.nak tau citer sebenar lps dapat mesej pasal keptusan PR Bgn Pinang..Pas kalah teruk..erm..teruk?sebenarnya tidak..Pas menang dgn maruah..Umno terus bermmpi dgn mimpi2 indah..Allah bersama kita.kalah sekarng menang kemudian..moga kekalahan di bagan pinang menjadi titik tolak kepada arus gelombang perubahan yg lebih bermakna dan berstrategi lg bersynergi!
..erm
mengelamun lagi..
tetibe jiwa rase gundah..
tenang di mana engkau???
yer..susah hati ni terkenang kan Psm..
x sangka Psm 2 ni nak jadi macam ni last2 minit..
skrg mggu2 terakhir..
Ya Allah..
aku yakin ade sesuatu yg ALlah nak bagi..
Dia tau ape yg terbaik buat hamba2 Nya..
Dia tau hati aku..
Allah lebih kenal dan dekat dgn aku..syukur ya Allah,di atas dugaan ini..
terima kasih buat sahabat ku..
kata2 mu merangsang semangat ku..
Ya ALlah..
mudahkan urusan ku..urusan psm ku..urusan psm sahabat2 ku..
tarbiyah indah di sebaliknya kesusahan menyiapkan psm..
hati..ingatlah..
Allah dah berjanji..
"maka setiap kesusahan ada kemudahan.sesungguhnya setiap kesusahan ada kemudahan.."
aku yakin dgn janjiNya..Allah tuhanku..segala2nya bagi ku..
p/s : salam mujahadah buat warga Qn yg sedang bertungkus lumus menyiapkan psm dan yg x lama lg final..buat semua ikhwah dan akhawat..semoga berjaya menyiapakn psm dgn TENANG.=)
jadilah sebaik-baik org berdosa..
dosa...
sesungguhnya kite x terlepas dari melakukan dosa..
sebab kite manusia..manusia yg sering alpa..mengalpakan..dialpakan..kealpaan..
sedarlah wahai diri yang penuh dosa..yang banyak kesalahan..yang sering leka dengan dunia..bahawasanya tiada apa yg dapat menjadikan diri sebaik-baik org yang telah melakukan dosa..melainkan bertaubat,memohon keampunan..beristigfar..bermuhasabah..sentiasa merenung kejadian diri..
darNya kite datang padaNya jua kite pergi..
hati..
sabar ye..
mujahadah..yakin dengan janji Allah..
Allah sentiasa bersama mereka yang sabar..
yang benar2 mencari makna sebuah cinta bersulam redho...
Andai RAMADHAN ini yang terakhir.....
Qatrunnur mengucapkan kepada semua muslimin dan muslimat, SELAMAT BERPUASA DI BULAM RAMADHAN.. anggaplah ini ramadhan yang terakhir bagi kita semua. Tingkatkan amalan ibadah dan semoga ramadhan yang ditempuhi tahun ini penuh dengan keberkatan.
Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa,
surah Albaqarah:183
Sekadar menyibuk
SAHABATKAH AKU....
Erti persahabatan tak pernah lupus dalam jiwa kita...
kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita. Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia.
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya. Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri. Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti...kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, 'memaksa’ dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya? Seperti, dia juga tahu rasa kecewa…tetapi kita sering terlupa.
Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia. Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga kadang-kadang terlupa sahabat kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita. Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah? Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?
Sesekali jadilah sahabat yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat kita, kerana dia juga seorang manusia, dia juga ada rasa takut, ada rasa...bimbang, sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan sahabat sebagai kekuatan. Jadilah kita sahabatnya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Di sebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan, di sebalik ketenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan…kita tidak tahu…tetapi jika kita
Bila bersahabat, bersiaplah untuk berkorban demi sahabat. Jika bermusuhan dengan sahabat, bersiaplah untuk mengalah demi persahabatan.
Rasa hormat tidak selalu membawa kepada persahabatan, tetapi persahabatan tidak akan ada tanpa rasa hormat.
jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.
sahabat..uhibbuki fillah
ukhuwahfillh wa mahabbahfillah..
~updater~
PAS akan menang..amin
baru lepas dapat berita ..
lepak jap kat harakah daily.net..
erm..nasib baik dapat internet..klu dak, gila bayang la kat harakah..
ye la..kerja hizbuBN @ junduUMNO ni..x leh tengok org senang..
berita terkini..
Taiping sesak..seawal 6 pagi..polis kalut..
ye la..berasak2 para penyokong BULaN nih..
dianggarkan 10 000 penyokong PAS dah mula dok berkumpul..dari pukul 2pg lagi tu..
then..depa akan berarak ramai lepaih solat hajat..
ALLAHU AKBAR..
nak terbang pi sana..
huhuhu(T_T)..
8.32am
29/03/09
jom kahwin awal...(@_@)
sempat lagi updater singgah kat iluvislam..
tetiber jer terjumpe artikel ni..
so..
nak share le dgn kalian..
jom bace jap..=)
heheh...
Begitu saja aku dengari suatu ayat-ayat Al Quran yang membuatkan aku tersentak!
"Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di kalangan kamu dan juga orang-orang yang layak menikah dikalangan hamba sahaya kamu laki-laki dan perempuan, jika mereka miskin Allah akan memberi kemampuan kepada mereka dengan kurniaannya.Dan Allah maha Luas (Pemberiannya),lagi Maha Mengetahui" (QS Annur :32)
Merupakan suatu perintah Allah agar segera menikahkan orang-orang yang masih bujang di kalangan kita.Bahkan seandainya kita termasuk golongan yang tidak mampu, jangan bimbang Allah swt sendiri akan memampukan kita.
Andai kita belum yakin dengan ayat Allah SWT perkataan apa lagi di dunia ini yang dapat menjadikan kita yakin terhadap sesuatu? Bah kan Rasullulah juga bersabda yang bermaksud:
“Carilah oleh kalian rezeki dalam pernikahan (dalam kehidupan berkeluarga) “
(Hadith riwayat Imam Ad Dhalani) dalam Musnad Al Firdaus
Dari Abu Hurairah r.a Rasulullah bersabda, “ 3 golongan yang akan selalu di beri pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah swt ,seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya” (Hadith riwayat Thabrani) dikeluarkan oleh Ibnu Abi Hatim, dari Ad Dur Al Mantsur.
Abu Bakar As Siddiq pernah berkata “ Taatlah kamu kepada Allah dalam apa yang diperintahkan kepadamu iaitu perkahwinan,maka Allah akan melestarikan janjiNYA kepadamu iaitu kekayaan".
Allah telah berfirman “Jika mereka miskin Allah akan memberi kemampuan kepada mereka dengan kurniaannya” (QS Annur:32)
Apa lagi alasan mereka yang telah diberi kesihatan tubuh badan ,keinginan yang kuat untuk bersama pasangan dan mempercayai Allah sebagai tuhan(ialah) untuk mengatakan diri ini belum memilih nikah sebagai jalan? Andai membujang itu suatu pilihan yang diberikan kepada mereka yang beriman.Maka ia adalah sesuatu yang dikategorikan sebagai kehinaan.
Rasullah bersabda lagi,Hadith Saad bin Abi Waqas berkata :
”Rasullulah saw melarang Uthman bin Mazun dari membujang,seandainya baginda merestuinya,pasti kami akan membujang" (Sahih Muslim)
Sabda baginda lagi: dari Anas ra, Rasullulah Al Ma’shum bersabda,
“Barangsiapa mempunyai anak perempuan yang telah mencapai umur 12tahun,lalu ia tidak segerakan mengahwinkannya kemudian anak perempuan tersebut melakukan dosanya di tanggung oleh ayahnya". (Hadith riwayat Baihaqi)
Ibnu Ma’ud pernah mengatakan, "Seandai tinggal sepuluh hari sahaja dari usiaku ,niscaya aku tetap ingin kahwin agar aku tidak menghadap Allah dalam keadaan masih bujang"
Sahabat-sahabat sekalian,seandainya mahu merenung akan hadith-hadith ini,maka apa lagi yang dinanti,berusahalah sedaya upaya kita untuk menikah.Kerana hadith yang menyuruh bernikah berbunyi:
Abdullah bin Mas’ud ra: diriwayatkan dari Al Qamah ra katanya:
"Aku berjalan-jalan di Mina bersama Abdullah ra yang kemudian menghampiri Abdullah ra. Setelah berbincang beberapa ketika,Othman ra bertanya,wahai abu abdul rahman;mahukah aku jodhohkan kamu dengan seorang perempuan muda? Mudah mudahan perempuan itu akan dapat mengigatkan kembali masa lampau mu yang indah"
Mendengar tawaran itu Abdullah ra menjawab;
"Apa yang kamu ucapkan itu adalah sejajar dengan apa yang pernah di sabdakan oleh rasullulah saw kepada kami "
"Wahai golongan pemuda! Sesiapa di antara kamu yang telah mempunyai keupayaan iaitu zahir dan batin untuk berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin,sesungguhnya perkahwinan itu dapat menjaga pandangan mata dan menjaga kehormatan.maka sesiapa yang tidak berkemampuan,hendaklah dia berpuasa kerana puas itu dapat mengawal iaitu benteng nafsu"
(Hadith riwayat Muslim)
Seandainya kita telah berusaha sedaya upaya,serahkanlah semuanya pada Allah.Dialah yang memberi rezeki.Bukanlah orang itu termasuk dalam golongan tidak mampu,seandainya dia terus membiarkan dirinya saja,tidak berbuat apa-apa lalu apabila ditanyakan kepadanya lalu dia menjawab TIDAK MAMPU.Akan tetapi seorang yang tidak mampu adalah mereka yang telah berusaha sekuat hati ,namun hasilnya tetap di tahan oleh Allah SWT sebagai ujian untuk dirinya.
Seorang saudara mengadukan dirinya yang masih kurang iman kepada sahabatnya,
"Saya rasa masih tidak kuat lagi untuk menikah” .
Jawab sahabatnya,
"Justeru kerana kamu masih belum kuat imanlah kamu harus menyegerakan nikah,
Lantas di sebabkan iman kita yang kurang inilah kita harus segera bernikah.Bagaimana kalian sahabat-sahabat ku? Luruskan niatmu , jangan bernikah kerana keSERONOKan di dalamnya,jangan pula kerana orang mengatakannya BAIK atau apa sebab lain pun selain dari
Aku nikah kerana ALLAH dan RASUL SURUH !
Dan carilah pernikahan yang barakah.Zainab bin Jashyi dan Zaid bin Harithah yang cukup kuat iman mereka pun bercerai akhirnya.Zaid anak angkat Nabi,kekasih nabi,panglima perang ,manakala Zainab,ummul mukminin, satu figura yang tidak mungkin ada kelemahan dari imannya, mungkihkah lagi keimanan mereka diragukan.Lantas sahabat semua serahkan segalanya pada Allah SWT.
Bahagia bukan terletak pada kesenangan hidup,banyaknya harta,indahnya pasangan dan sebagainya.Bahagia itu terletak pada, firman Allah
“ Dan diantara tanda-tanda(kebesaran)Nya ilah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri,agar kamu cenderung dan berasa temteram kepadanya.Dan menjadikan diantaramu rasa kasih dan sayang”. (QS anRuum:21)
p/s : kepada yg berkenaan..moga Allah mudahkan segala urusan ke arah membentuk baitul dakwah penuh mawaddah..jgn lama2..x syarie..=)
Titipan rindu.. From Room1 QN
kaifahalukum ya akhawati? asif sebab terlalu disibukkan dengan realiti kampus sampai terlupa password masuk sini. Nway, disinilah ALLAH bagi rezeki. rezeki pertemuan yang tak seharusnya disia2kan. even thou acap kali sahabat2 xbalik kebelakangan ni.. bergelumang dgn assignment, projek subjek, PSM, test 2 and maybe dah ada yg prepare untuk final exam.. ape2 pun semoga medan tarbiyyah kita tidak terus ditinggalkan sepi.. Rindu dgn suasana study berjemaah, solat berjemaah, makan berjemaah.. huhu..rindunya detik2 mcm tu.. kepada shbt2 PSM n PD boleh la prepare utk presentation bermula skrg.. jgn lupa hntr proceeding paper selewat2nya mggu dpn..
p/s: maaf mengganggu updater blog..
~room mate updater~
PSM. ker psm...?
bile cakap pasal PSM..
hati x tetap..
kdg2 tenang kdg2 ngeri..
bile ingat PSm...
resah datang..
tapi pegi kejap..
tapi satu psm ni..
yg bila ingat best..
PSM - pekerja sepenuh masa (untuk P)
psm ni..
lagi takut sebenarnye..
mampukah aku..
psm - projek sarjana muda pun x lepaih..
ni PSM...bekerja sepenuh masa untuk perjuangan..
bolehkah aku..
niat ader..
tapi..
ada ka kekuatan utk aku bila dh grade nnti nak jd PSM nih..
kat taman..
memg la hebat..
berani bersuara konon..
gerak kerja mantap..
buat tu buat ni..ajk tu ajk ni..taklifan tu taklifan ni..
tapi..
habih nanti...
nak jd PSM...
ntah ler..
adakah aku akan semantap di taman
jadi..
buat psm..
x sama..
dengan jadi PSM..
byk kena muhasabah..
tarbiyah pun cincau lagi..(mcm nama minuman jer??)
huhu...
niat???
lagi la...
betoi ka kerana Allah..
berjuang kerana Allah ker aku ni..
huhuhu...
YA ALLAH..
teguhkan lah pendirianku di jalan MU ini..
tetapkan hati ku ini dalam medan jihad ini..
YA ALLAH..
peliharalah aku..
dari tergelincir..
rebah..
hingga tidak terdaya..
jatuh tak bangun semula..
amin...
PSM..psm.
kesimpulannya..
akan kugagahi jua..
melaksanakan projek sarjana muda ku ini..
dan..
akan ku kukuhkan niat ini..
dah setel psm..
aku nak jd PSM..
tapi ini perancangan..
ALLAH jua tentukan..
yg pasti itulah niat...
langkahku...
perlu diperbaiki..
insyaAllah..
~ku rindu syahid di jalan MU~
p/s: SELAMAT PRESENT psm BUAT AKAHAWAT DAN IKHWAH utk psm nnti..hhuhu..takot2
=)
SETELAH SEKIAN LAMA...
assalamualaikumm...
dengan nama Allah..
erm..
setelah sekian lama..
akhirnya...
ter update jua blog ni...
erm...
terlalu bnyak kekangan..
sehingga terabai nya blog ni..
rindu pada yang telah pergi..
pergi berjuang di lapangan umat yg lebih agresif..
rindu pada yang setia...
setia dgn ukhuwah ini..
walau telah berjauhan..
rindu pada kenangan..
kenangan kita berlapan...
yg kini enam..enam identiti yg berbeza..
bakal berubah lagi sem depan..
maka...
aku akan makin menjadi rindu..
akulah sang perindu..
yg paling lama di bumi QN ini...
huhhuhu(T_T)
insyaAllah..
selagi kudrat ade ni..
pandai2 la aku edit blog nih..
aku rindu kalian..
~sang pungguk~