Ujian untuk kami

Ada hikmah tersembunyi disebalik perjalanan kami di QatrunNur pada hari ini. Walaupun perjalanan yang kami lalui tak setegang dan sesukar hari biasa, namun hujung minggu ni ada cerita menarik untuk dikongsi. Hari yang terisi pengalaman baru untuk kami. Teratak yang terbiar pada hari kebiasaan kerna kekangan masa yang kami ada, kami kemas dan bersihkan. Syukur dan puas. Sejak awal pagi (time breakfast) kami berfikir-fikir dan berbincang dimana cacat kami, dimana kurang kami terhadap Ct. Sepanjang hari kami berkata tentang Ct yang telah beberapa minggu hadir dalam keluarga kami. Tak mengapalah, mungkin ada silap dan salah yang kami lakukan sedar atau tak pada dia. Kami amat mengharapkan agar dia faham tentang situasi ini dan kami berdoa agar kami menjadi lebih dewasa dan bijak dalam mendidik seorang insan. Tapi kelakar juga rajuk si Ct ni kerna dalam rajuk dan marah masih juga ingat tentang kami. Sempat juga dihidangkan kami dengan nasi semalam yang digoreng(berjimat) dengan ikan bilis. Walaupun tak seberapa, ada makna dan nilainya sendiri. Tapi yang tak seronoknya bab makan hari ini bila hampir semua ahli keluarga ditimpa sakit perut. Bising rumah dengan buka-tutup pintu tandas. Macam-macam andaian keluar dari mulut masing-masing tentang punca sakit perut. Ada sahabat cakap sakit perut ni kesan dari lauk kenduri tapi nak kata betul tak pasti sebab ada sahabat yang tak sakit perut. Nak diikutkan semua makan makanan yang sama. Andaian tinggal andaian. Perut yang kosong dan lapar harus diisi jua. Jadi, makan malam harus dimasak untuk mengisi perut. Makan tetap makan, sakit perut lain cerita. Makan malam penting untuk kami. Bukan kerna perut tapi kerna nikmat ukhwah yang terjalin. Dalam satu bumbung yang terdiri dari pelbagai latar belakang, cara memasak yang beraneka dan petua-petua memasak yang unik, kami tetap dapat duduk disekeliling talam sambil menyuap dengan ceria. Tiada yang menolak. Masing-masing belajar menerima budaya yang berbeza. Nikmat. Satu kekosongan yang kami rasa pabila melalui hari tanpa menjamah makan malam yang disediakan oleh ahli keluarga. Biarpun hanya telur goreng dengan ulam, itulah makanan yang paling sedap kami makan hari itu.(Makanan ibu tetap nombor satu). Untuk hari ini, kami ingatkan diri dan sahabat bahawa ujian Allah itu datang dalam pelbagai bentuk dan kita tak tahu apa yang akan kita lalui hari ini. Semalam adalah kenangan dan tak mungkin kembali, masa depan adalah impian dan angan-angan yang belum pasti, tapi hari ini adalah kenyataan yang kita lalui dan hadapi. Jadi penuhkanlah dan gunakanlah setiap saat yang kita ada dan jadikanlah ia satu sejarah terbaik untuk kita.

Tiada ulasan: