KEMBALIKAN ZAMAN KEGEMILANGAN ISLAM...

Empayar Amerika goyah





Gagal tangani penentangan di Iraq, Afghanistan: Ahmadinejad

NEW YORK: Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad berkata 'empayar Amerika' semakin menghampiri kejatuhan dan negara kuasa besar tunggal dunia itu patut menamatkan pembabitan tenteranya di negara lain.

Beliau memberitahu Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu semalam keganasan sedang merebak dengan cepat di Afghanistan ketika 'penjajah' masih berada di Iraq hampir enam tahun selepas Saddam Hussein disingkirkan.

Katanya kehadiran Amerika dan tentera Nato di Afghanistan menyumbang kepada peningkatan mendadak keganasan dan pengeluaran bahan narkotik di negara itu.


"Empayar Amerika di dunia sudah berada di penghujung jalan dan pemerintah selepas itu mesti mengehadkan campur tangan kepada sempadan mereka sendiri," katanya.

Majlis Ramah Mesra Aidilfitri PERAKAN

Di jemput ke majlis Mesra Aidilfitri Pimpinan Kerajaan Negeri Dengan Anak-Anak Kelantan Di Perantauan

YAB Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat (Menteri Besar Kelantan)

Dengan sukacitanya mempersilakan

ANAK-ANAK KELANTAN DI PERANTAUAN

Ke majlis Mesra Aidilfitri Pimpinan Kerajaan Negeri Dengan Anak-Anak Kelantan Di Perantauan

Pada: 2 Syawal 1429H (Hari Raya Kedua) Jam 8.30 Malam

Tempat: Pusat Tarbiah Islamiah Negeri Kelantan (PUTIK)
Jalan Maktab, Pengkalan Chepa.

Hubungi: Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan, Blok 7, Kompleks Kota Darul Naim, 15503 Kota Bharu, Kelantan.

Tel: 097483529

P/S: Mohon sebarkan jemputan ini kesemua Anak-Anak Kelantan melalui sms, forum, blog, portal, ym, google talk dan segala medium lagi untuk meramaikan puak-puak kita bermesra dan berjumpa mata baik sesama sendiri atau dengan pimpinan kerajaan negeri dan Tok Guru Khasnya.

la...takkan ceramah pun dah tak boleh?

BUTTERWORTH, 22 Sept (Hrkh) -Tindakan polis menangkap dan mendesak agar ceramah memperingati Badar Al-Qubra' anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang di Dewan Putra Merdeka, Butterworth dihentikan semalam dianggap satu kebiadapan yang tidak boleh dimaafkan.




Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Hafiz Noordin dalam kenyataannya pada Harakahdaily menyifatkan tindakan itu juga mengambarkan polis masih mengamalkan sikap 'kuno' dan tidak profesional berhadapan dengan situasi berkenaan.

"Dewan Pemuda PAS Negeri kecam tindakan polis menangkap Setiausaha Dewan Pemuda PAS Kawasan Bagan, Sanusi Mohd Junid dan mengarahkan ceramah dihentikan serta-merta dengan alasan tiada permit dikeluarkan sebaliknya menyuruh ia diadakan di dalam dewan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), " ujarnya kesal.

ImagePolis sepatutnya, memberitahu hal itu sejak permohonan permit dibuat bukan mengkhabarkan pada hari Jumaat baru lalu supaya dewan digunakan untuk tujuan itu.

Sedangkan katanya, Dewan Pemuda sudah memaklumkan dalam permohonan permit bersama pelan lakaran penggunaan padang dengan bayaran sewaan RM1,000.

"Kami terpaksa jalankan juga program semalam kerana ikut permit yang diminta padang itu menjadi hak kami kerana menyewa daripada MPSP. Lagipun ia tidak langsung mengganggu jalan raya tambahan Pasukan Unit Amal bersedia menjaga keselamatan sekiranya faktor itu dibimbangi, " tegasnya.

ImageTambahnya, sikap itu jelas mengambarkan, polis masih melaksanakan tugas untuk Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam keadaan Umno tengah nazak dan sekiranya ada anggota atasan yang bertanggungjawab semalam beliau harus tanggalkan uniform dan masuk Umno bergiat dalam arena politik tanahair secara sihat.

"Arahan polis menyuruh penggunaan dewan MPSP semalam tidak masuk akal kerana mana boleh sekelip mata ditukar begitu sahaja sebab ia melibatkan borang permohonan lain lebih-lebih lagi hari Sabtu dan Ahad cuti umum,"katanya lagi.

Sementara itu, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Yusni Mat Piah pula menyifatkan, kejadian semalam merupakan peristiwa pertama setelah bertukaran porfolio Menteri Pertahanan kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi daripada timbalanya, Dato' Seri Najib Tun Razak.


-sumber:Harakahdaily.net

Nasi Kerabu


Alhamdulillah, akhirnya jadi juga kami nak makan nasi kerabu. Nasi kerabu buatan sendiri. Jamuan berbuka puasa sempena perpisahan staf ke Jepun yang dibuat kat rumah Kak Hanan. Seronok dan penat. Belajar sesuatu yang baru. Kalau tengok nasi kerabu tu cam senang je nak buat tapi sebenarnya susah. banyak bende dan perkakas yang diperlukan untuk menyempurnakan nasi kerabu. Nasi, ulam dua tiga jenis(kacang panjang, timun, daun serai dan bunga kantan), sambal kelapa, tumis, budu , keropok, ayam goreng dan buah. memang banyak. kalau yang memasaknya tahulah betapa sukar tapi klaau yang makan je tahulah betapa sedap dan nikmat. macam tu lah kehidupan kita sebagai orang Islam. Untuk memenuhi kriteria sebagai seorang beriman dan bertakwa kita memerlukan pelbagai input dan tindakan. bukan hanya sekadar melafazkan kalimah syahadah tetapi perlu memenuhi rukun iman , rukun islam dan amalan-amalan lain. dan satu lagi kalau kita buat sorang-sorang nasi kerabu tak sempat siap rasanya satu hari. klu siap pun kite pengsan kepenatan. samalah hidup kita kat dunia, kita perlukan orang disekeliling untuk support dan tolong kita. Nasi kerabu hari tu mmg laku lah...kalah goreng pisang panas...

KURMA ISRAEL KELUARAN HADIKLAIM




Kurma Yahudi ..

Bercetak jenama 'Jordan River' itu sebenarnya bukan dari Jordan tetapi
dihasilkan dari negara Israel .dan diimport serta dikotakkan di Singapura tapi
di edarkan di Malaysia. Ia ditanam di satu kawasan luas di bahagian timur
Isreal yang bersempadan dengan Palestin. Ia dipunyai oleh seorang Yahudi
yang kaya...dan ramai pekerja-pekerjanya berbangsa Yahudi dan hasil
penjualan kurma itu digunakan untuk tabung orang-orang Yahudi.
Pendedahan ini dibuat oleh akhbar Berita Harian Singapura. Para Muslimin
sekalian diharap jangan membeli kurma jenis ini..kasihanlah terhadap rakyat
Palestin yang hari-hari ditindas dan dibunuh kejam oleh rejim Yahudi ini.
Perangi Yahudi dalam apa cara sekalipun, walaupun dari segi ekonomi.

ERTI PERSAHABATAN

Dalam dunia ini,
Kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri..
Tetapi dalam kita bersendiri,
Kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,
begitu juga dia.
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.
Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.

Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.

Bagi kita,
Itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.
Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti..
Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan, memaksa dia menerima alasan kita.

Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.. tetapi kita sering terlupa.
Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di
sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.

Dia mendengar luahan perasaan kita,
segala rasa kecewa dan ketakutan,
harapan dan impian kita luahkan,
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.

Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita,
Hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga
ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan
tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?

Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah
menyabarkan kita?

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita
gembiranya?

Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana
dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan
menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai,
kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah,
agar tidak rebah?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan
harapan?

Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita.
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan,
Kerana dia juga seorang manusia;
dia juga ada rasa takut,
ada rasa bimbang, sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan
Dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.

Jadilah kita kawannya itu.
Kita selalu melihat dia ketawa,
tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah
yang kita sangka.

Disebalik senyumannya itu,
mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,
disebalik kesenangannya,
mungkin tersimpan seribu kekalutan,
kita tidak tahu..
tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia,
mungkin kita akan tahu.

diambil dari http://ukhwahfillah.wordpress.com

Tika Itu


Dengan nama Allah…

DIA yang mempunyai segalanya baik di di bumi atau di langit. DIA yang berupaya merubah segalanya. DIA yang menguasai segalanya termasuklah jiwa ini. Tiba saat dan tika itu tak berkurang atau bertambah walau sedikit pasti jiwa yang diberi pinjam ditarik balik. Tika dan saat yang memisahkan kehidupan sementara dan kekal abadi selamanya. Tika yang selama ini dinafikan kewujudannya walau hakikatnya diakui. Tika yang menghubungkan pada perhimpunan yang maha besar. Tika yang menghakimi bahawa tiada lagi cantik atau baik rupa paras luaran, tapi yang ada hanya baik buruk amalan. Tika yang menyedarkan manusia tentang betapa singkatnya hidup di dunia. Tika yang menentukan azab seksa atau anugerah pahala yang diterima. Tika yang dinanti buat manusia alim dan ditakuti buat manusia alpa. Tika yang sentiasa menjengah dan menyapa,menjadi pedoman buat yang arif bijaksana. Tika itu pasti tiba. Tiada pilihan menidakkannya bahkan untuk menangguh barang seketika. Doa dan amalan membezakan siapa kita ketika tiba tika itu. Husnul khatimah atau su’ul khatimah. Bersediakah kita?

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN




Kami, warga QN mengucapkan selamat berpuasa dan semoga Ramadhan kali ini berlalu dengan penuh keberkatan dan rahmat.

QN diceroboh?

Mengapa?Bagaimana?Bila?Kenapa?...............jeng...jeng...jeng...

"Ibadah adalah manifestasi kepada penjelmaan ketaatan dan kepatuhan kepada Allah"....Dalam kekhusyukan dan keletihan mendengar KN yang disampaikan oleh ustaz, tiba-tiba kami dikejutkan oleh panggilan telefon yang diperolehi oleh Humaira' . Haa.. ada orang pecah masuk rumah!!! Apa ni!!!!cuba cakap elok-elok...Akak, ada orang masuk dalam rumah..takut...takut...jerit ctnur. Dengan tergesa-gesa dan kekalutan Humaira dan Iman bergegas keluar dari dewan. Ketenangan dalam dewan tergugat buat seketika. Fokus pada kuliah yang disampaikan oleh ustaz hilang. Warga QN ketakutan dan kerisauan. Syika mengambil tindakan untuk keluar bagi mengetahui keadaan sebenar dengan menelefon ctnur. Keadaan lagi gamat bila mendengar suara ctnur yang ketakutan dan kerisauan di dalam bilik 1. Humaira dan Iman tergamam melihat keadaan rumah kerna memang terdapat tanda-tanda pencerobohan. Tingkap dapur dikuak. Barang bersepah. Pintu diumpil. Pagar terbuka luas. Untuk menjamin keselematan daripada berlaku perkara yang lebih buruk, beberapa orang sahabat dipanggil untuk memeriksa keadaan rumah dan mencari penceroboh. Setelah kuliah tamat, kami bergegas pulang ke rumah. Masing-masing tidak sabar untuk mengetahui kisah sebenar. Alkisah sebenarnya, ctnur berseorangan di rumah. Sewaktu sedang berehat dan membaca, tiba-tiba kedengaran bunyi tingkap dibuka dengan kuat. Ctnur membiarkan kerna mungkin Citam ingin masuk melalui tingkap. Namun, dadanya tiba-tiba berdebar apabila kelihatan dua tangan hitam menjulur masuk melalui tingkap rumah ingin menggapai sesuatu.Apalagi, dengan pantas dia berlari masuk ke dalam bilik dan mengunci pintu dari dalam dan menelefon Humaira'. Begitulah kisah QN diceroboh. Banyak pengajaran dan nasihat-nasihat berguna yang kami perolehi dari peristiwa ini. Antaranya penggunaan mangga solex yang mempunyai ciri keselamatan yang tinggi, berhubung dengan jiran, jaga keselematan dan lebih peka dan yang paling penting tidak meninggalkan ctnur sorang-sorang.Fuh....nasib baik abangnya tak tau....=)

KERNA CINTA PALSU


Kerna Cinta Palsu

“Fika..Fika…bangun. dah nak sahur ni. Nanti tak sempat pulak nak sahur. Tak bermaya nak berpuasa.”

“Nantila..bagilah can 5minit lagi..ngantuk sangat2 ni…makan la dulu..Tinggal 10minit lagi kejut la..kalau baik hati buatkanlah air kopi Radix secawan ye…”

“Ya Allah apa nak jadi dengan kawan aku ni.Semalam bersemangat lebih nak bangun sahur nak puasa Ramadhan. Pagi ni lain pulak jadinya. Apa kena dengan budak ni. Biasanya senang sangat nak bangun pagi. Pukul tiga empat pagi dah bangun untuk qiam,tak payah dikejutkan. Tapi kenapa sejak-sejak akhir ni lain macam je perangainya. Pening kepala nak fikir. Tarbiyah dah baik,berada pulak dalam biah solehah, sahabat-sahabat ada kat sekeliling sama macam dulu tapi Fika macam dah berubah. Kena siasat ni, tak boleh dibiarkan. Kalau dia ada masalah, kami ni wajib tolong sebagai teman serumah,tapi kalau dia buat masalah kami kena tegur sebab kami bersahabat atas dasar aqidah dan perjuangan.” monolog ain dalam hati.

Kami berkenalan dan bersahabat kerana kami diikat pada satu janji yang sama iaitu menegakkan agama Allah, menjadi seorang daie untuk mengajak manusia disekeliling kami melakukan kebaikan, mencegah kemungkaran. Teringat lagi saat itu di mana kami dilatih dalam tamrin. Diuji dengan pelbagai ujian dan dugaan sebagai latihan kepada kami. Diuji dengan caci maki, kutukan dan kritikan dan juga fizikal. Sehingga kami rasa kami tak mampu lagi untuk bertahan dan ingin lari dari tamrin. Namun kami dikuatkan dengan rasa mahabbah dan mawaddah sahabat. Terpandang wajah sahabat, terbit kekuatan di dalam hati untuk meneruskan perjuangan. Dan aku ingat lagi Fika adalah orang yang menjadi salah seorang penguat untuk kami teruskan perjuangan. Kata-katanya menjadi azimat pembakar semangat kami. Kami kagum dengan personalitinya.
Tapi kini kami kerunsingan dengan keadaannya yang agak jauh berubah. Fika seolah-olah berada dalam dunia sendiri. Kami tidak tahu kenapa. Nak kata ada masalah hati dengan sahabiah, Fika adalah seorang yang tak mudah terasa hati dan mudah memaafkan. Kalau terasa hati pun dia mudah sejuk balik. Yang peliknya semua aktiviti tarbiyah dia hadir, boleh bagi komitmen sepenuhnya.Tak pernah bekurang pun berbanding sebelum ini tapi keadaannya dirinya tak macam dulu lagi.Dia lebih suka bersendiri daripada bercakap-cakap dengan sahabat. Berkurung di dalam bilik. Dan satu lagi kepelikan apabila dia yang sebelum ini tak kisah tentang ‘handphone’nya dan jarang sekali bergayut kecuali hal-hal yang benar penting, dah terbalik. Sekarang ini, dia boleh bergayut selama satu jam tanpa rasa bosan. Dan satu minggu dua tiga kali menopup kredit.
Kami takut untuk membuat andaian. Kami minta agar apa yang kami andaikan itu tidak benar kerna kami akan jadi benar-benar kecewa dengan dia. Namun setelah dua tiga minngu kami menyiasat, akhirnya kami temui jawapan pada permasalahan Fika dan ia benar-benar mendukacitakan kami. Kami rasa hati kami disayat dan dihiris dengan kejam. Sampai hati Fika buat kami macam ni. Kami berkumpul untuk mencari penyelesaian masalah ini. Sepakat memutuskan, malam ni kami akan adakan liqa’ dengan Fika dan berdepan dengannya secara terus, tiada lagi selindung-selindung..
Triit..triit…bunyi mesej dari ‘handphone’ ain kedengaran. Ain…maafkan Fika, fika tak dapat buka puasa dengan korang petang ni. Fika dah janji dengan kawan sekelas nak buka puasa sama-sama….
Ya Allah, apakah dugaan yang menimpa kami ini. Kenapa sukar untuk kami meluruskan hati sahabat kami yang telah bengkok. Jika kami tidak selesaikan segera, mungkin masalah ini bertambah berat dan tak dapat dirawat lagi. Ya Allah, berilah kekuatan kepada kami untuk menyelamatkan seorang hambaMu yang pernah menolong agamaMu, yang berkorban masa, harta dan tenaga untuk melihat cahayaMu menyinar dimuka bumi ini. Yang melakukan pelbagai cara untuk melatih kader-kader baru bagi agamaMu. Ya Allah, bantulah kami. Spontan terluah doa dari bibir Ira. Amin…amin…
Macam mana sekarang? Apa nak buat? Kalau dibiarkan akan berlarutan. Kita kena selesaikan juga hari ini. Fika ada cakap dia keluar kemana? Xde pulak. Dari pagi tadi lagi dia keluar. Tak pesan apa-apa pulak. Kita keluar cari dia. Setuju x? setjuuuu…
Kita berpecah kepada empat kumpulan. Satu kumpulan dua orang. Baik bos……Sebelum tu bawak bekal kurma dan air mask. Kot-kot tak sempat nak buka puasa. Cari sampai dapat. Kalau tak dapat gak sebelum maghrib, kita kumpul balik kat rumah.
Operasi dimulakan. Semua tempat kami terjah demi mencari sahabat yang kami kasihi. Fika..dimana dirimu? Keluhan terbit dari dalam hati masing-masing kerna kami masih tak menjumpai Fika walaupun waktu berbuka makin hampir. Tinggal lima belas minit lagi. Kami bergerak mencari kedai makan yang berhampiran untuk mengalas perut bagi berbuka puasa. Air muka kecewa dan penat terbit dari wajah masing-masing. Semua diam. Tak berkata. Keadaan sepi. …
“tengok tu..bulan-bulan puasa pun dating jugak…diorang ni macam tak paham je maksud puasa tu…ingat tahan lapar dan dahaga je ke…eh, tapi cam kenal je cara jalan tu….”
“mana-mana? Kat kedai depan tu..yang pakai blaus merah jalan dengan lelaki pakai t-shirt merah jugak..”
“iyalah..macam kenal je..macam seseorang…eh..tu bukan Fika ke? Biar betul…jgn tuduh sebarangan je…cuba perhati betul-betul, Fika kan?”
Astaghfirullah..benarkah yang ada didepan mata kami..benarkah…Betulkah…dik, ni hidangan yang ditempah..dik,dik…aa..ye…ye..terima kasih bang…
Kami benar-benar terkejut hinggakan tak menyedari hidangan yang sampai di meja. Rasanya tak tertelan makanan yang ada. Dengan kurma yang ada , kami berbuka puasa. Makanan ni bungkuslah,,dah tak lalu nak makan…Kami bergerak kearah kedai tersebut untuk melihat lebih jelas kebenaran yang terpampang didepan mata tadi. Iya, memang benar. Kami tak salah orang. Pedih hati kami dengan adegan yang kami lihat. Berdua makan sambil bergelak tawa….berkongsi makanan dan minuman..jelek untuk kami lihat..terbakar hati..Seketika dulu, makanan dan minuman hanya dikongsi dengan sahabiah, namun kini dikongsi dengan bukan muhrim…Secara tidak sedar, ain terjerit memanggil nama Fika..Fika…Fika…kami nampak wajah Fika yang mencari-cari suara ain namun kami dah bergerak jauh meninggalkannya…
Kami bergerak ke masjid untuk solat. Biarlah kami mencari ketenangan dengan mengadu padaNya kerna kami rasa hanya Dia yang memahami apa yang ada dihati kani tika ini. Selesai solat terawih , kami merehatkan sebentar jiwa dan minda kami dengan tadarus al-quran. Kami tiada perasaan lagi untuk pulang ke rumah, syurga tarbiyah kami kerna sla seorang bidadari nya kini telah hilang sinar dan seri…